Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
You are the writer of your life
A personal blog by Hanisa Rahim ♥
Home

Alhamdulillah
 
Saturday 5 March 2016 

Assalamualaikum

Hye there! Modeun geongangnayo? (Uolls sihat?) So as you guys know 3/3 is d-day which SPM result was delivered? Hahaha and i was freaking scared on that day, because yeah i believe that my result will be srsly sucks. Huuu ok enaf with english, Cause im not really good in this. Hahahaha.

So nak dijadikan cerita memang aku dgn parents aku sikit pun tak target more than 5As tbh. Because i only got 3A 3B 3C during my trial (oh i know what a beautiful grades right? hahaha) Sampai aku rasa malas jugak lah nk datang sekolah semata-mata nak amek result yang cam cikai tu kannn. But at the end, what i got is......



Sumpah memula time masuk DB which is dewan besar (samurians words gagaga) ternampak my homeroom teacher, cikgu Sufiah waved at me & muka dia cam happy gila. Aku cam pehal cikgu ni kan. Then when it was my turn, she hugged me and said "apa ni hanisah. Lagi satu je sayangnyaaaaa" Lama jugaklah aku amek masa nk faham maksud cikgu hahaha. Time tu feelingless sikitlah sbb my target mmg jauh sgt beza dengan apa yang aku dapat. ALHAMDULILLAH, THANKS A LOT TO ALLAH. 

Itulah kita takpernah tau apa akan jadi in the future kan. So dekat sini aku bukan nk membongkak ke, nak menunjuk ke apa, sbb result aku taklah hebat mana kan berbanding korang yang straight As tu. Aku cuma nak kata walau teruk mana pun prestasi kau sebelum ni, kau still boleh bangkit, berjaya dalam hidup. To all SPM leaver, ni baru sikit. Banyak lagi yang kita nk tempuh lepasni k. Pastikan korang semua pilih course & uni (ipta/ipts) yang korang rasa korang boleh survive with it. Jangan ikutkan kawan sangat, i mean nak sama dgn kawan eventho kau takminat pun course tu. Ingat ni masa depan kita, kita yg kena pilih. Act aku pun masih terkontang kanting nk pilih course apa, Hahaha. 



Oh ye many many congratulations to all samurian batch 32, batch REVO, yang dapat straight As, which is 62 orang kan. Korang memang terbaik lahhh! Thumbs up! Untuk yang dapat kurang A or langsung takde A, takpe ingat korang still ada lagi satu A which is ALLAH SWT. Dongibap, kipidap k yalls!  



Happy me is Happy! Alhamdulillah. Will miss these kiddos!


Memoir
 
Tuesday 8 December 2015 

Assalamualaikum ebelibadi. Nais tu mit yu! Emm yaa i know dh lama gila x bukak blog. Huuu rindu shiooot. Now i want to announce that im officially free from school. HAHAHAHIHIHIHUHUHUHOHOHOHO. Perasaan? Mixed feelings. Entahlah. Takde rasa apa lagi. Masih mereput di rumah kesayangan ni haa. Jumpa kawan pun belum lagi. Layan kdrama je gamaknya, emmm. 

Plan? Obseo. Kosong. Takde. Zero. Nak amek lesen tapi malas. Nak kerja tapi nanti nk buat apa apa macam susah, yelah kena mintak cuti bagai. I wish i still kiddos, huuuu. Ikenod lah, tanak membesar maaaaakkkkkkk TT



To all sedulous, thanks for this 2 amazing years. Sorry sbb tahun ni aku lain sikit, heee becok kan. Emm tu aku yg betul. Time f4 aku still awkward tu yang aku pendiam sikit.. heeee. Apapun aku akan rindu korang. SANGAT! Even semua yang lain xsuka kelas kita sbb bising sangat, bila pindah kelas semua yg lain suka kita dh takde, huuu, tapi orang lain tatau macam mana korang yg sebenarnya. Sorry banyak marah ke apa, x function and so on. Aku bukan maksum, lol. Good luck SPM, jumpa bulan Mac next year. Love uolls ketat ketat.

To my dormmates, thanks for everything. Terima kasih sbb boleh terima selekeh aku, gila aku, tak matang aku, annoying aku, baran aku and semuanya. Sayang korang. Aku harap dkt u nanti (inshaAllah), aku dapat roomates macam korang. Huuuu gonna miss all of you. Termasuk junior pudu b33, Good luck espiyem nxt year. Be the best senior okay? Love you.


Nur Hanisah bt Abd Rahim
11.35 pm 8/12/2015



Terima kasih
 
Thursday 8 January 2015 

Assalamualaikum yalls. Salam satu Malaysia. Lapan Januari dua ribu lima belas. Cepat je masa dah setahun dah rupanya aku dekat samura. Dengan tu umur aku pun dh meningkat hmm makin tua dan harap makin matang juga makin tinggi kah! Ye dua ribu empat belas banyak ajar aku benda baru. Tempat baru pengalaman baru orang baru, semuanya baru tahun lepas. Mula mula tu rasa takut lah jugak sebab aku takbiasa dengan benda baru. Takut tak dapat nak adapt pulak kan. Tapi kau kena ingat walau apa pun yang jadi kalau kau serahkan semuanya dekat Dia, inshaAllah semuanya jadi senang :) 

And thats how my story begin at samura. 

Boleh aku kata sekolah ni agak pelik sebab dia ada legacy yang dibawa sejak turun temurun haha. Life as a junior kau kena tau yang kau takboleh bergurau senda dengan lelaki depan orang lain sebab nanti kau akan digossipkan. Kalau kau nak borak ke apa boleh tapi jangan nak bising sangat sebab kau akan dikira galak. Kalau ada lelaki jalan belakang, kau ada dua pilihan je sama ada bagi laluan untuk lelaki tu jalan ke depan or kau bukak langkah kau besaq besaq. Kalau kau pakai tudung bawal bidang 45 dilarang sama sekali buat butterfly kecuali kalau kau kena buat persembahan haa tu dikecualikan lah. Cuma tudung labuh yang dibenarkan pin tepi okay. Nak keluar dari blok asrama tak boleh pakai slipper, tudung toilet except when aspura pergi solat jumaat lah. 

Tapi kau akan rasa semua ni pelik mula mula je then kau akan tau yang semua ni untuk diri kau jugak. Sebab semua 'peraturan' ni lah yang akan ajar kau tentang Islam. Mohon faham apa maksud aku. So pls siapa yang akan jadi junior tahun ni jangan rebel okay hahaha! Just go on with the flow sebab nanti semua ni lah yang kau akan rindu bila kau dh habis sekolah kang. I can feel it now walaupun ada lagi setahun, lol. 

Jadi di tahun yang baru ni orang biasa akan post pasal azam kan? Haha sorry aku pun taktaulah apa maknanya azam tu. Sebab aku malas nak percaya dekat azam takut takdapat nak buat. Kalau kau nak sesuatu doa je lah dekat Allah ye. Usaha dan tawakal kemudiannya. 

Tahun ni aku spm jadi bye blog. Tanak bukak dah. Malas nak post maybe habis spm baru post okeh? Bye jaga diri jaga hati jaga iman haha. Salam dua kosong satu lima ^^





"Masa lalu boleh kelam tetapi masa depan masih cerah untuk kau wujudkan dengan melakukan yang terbaik mulai hari ini"


Nur Hanisah bt Abd Rahim
12.40 am 8/1/2015



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.