Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
You are the writer of your life
A personal blog by Hanisa Rahim ♥
Home

Empat Biji Telur
 
Sunday 6 January 2013 

Assalamualaikum


Tajuk empat biji telur tapi gambar ? TERLEBIH SUDAH ! :O


Seorang pengemis datang ke rumah Jaafar bin al-Khattab. Ia meminta sedekah untuk menjadi makanannya pada hari itu. Jaafar berkata kepada isterinya:
 "Wahai isteriku, adakah sesuatu yang boleh kita berikan kepada pengemis ini?"
 "Kita hanya memiliki empat biji telur."
"Berikan semua telur itu kepadanya!"
Isteri solehah itu menurut perintah suaminya. Tidak lama setelah pengemis itu beredar, datang seorang tamu ke rumah Jaafar dan memberikan sebuah bingkisan kepada isteri Jaafar, Jaafar bertanyakan tentang bingkisan tersebut kepada isterinya.
"Bingkisan ini berisi telur."
"Berapa banyak telurnya?"
"30 biji."
Jaafar seolah tidak percaya. Ia berkata: 
"Kita memberikan 4 biji telur kepada pengemis tadi, mana mungkin balasannya 30 biji telur? Seharusnya 40 biji. Sepuluh butir lagi mesti pecah di tengah jalan!"
Akhirnya isterinya mengaku bahawa salah satu telur yang diberikan kepada pengemis itu memang telah pecah. Jadi, mereka sebenarnya hanya memberi tiga biji telur sahaja.
Kisah ini diceritakan dalam kitab Irsyad al-'Ibad karya Syeikh Zainuddin al-Malyabari.

Pengajaran: Janji Allah pasti terlaksana bagi sesiapa yang meyakininya. Allah berjanji untuk menggandakan sedekah yang diberikan menjadi 10 kali ganda. Belum lagi balasan yang akan Allah berikan di akhirat nanti.

Dipetik dari Majalah al-Ustaz Isu No 09


Hoyeee hoyeee hari nih nak buat karipap pap pap ... Lalalala ~
Lama dah tak buat karipap you know ????
Esok sekolah lagi . Takpuas rasanya cuti 2 hari jek huhuhuhu T_T
It's okay selagi niat nak tuntut ilmu Inshaa Allah semua nya akan berjalan dengan lancar.
K lah byee

Assalamualaikum

P/S: Entry yang membosankan maybee ? Just nak share dengan korang cerita nih . Walau apapon yang kita buat , kita kene yakin dengan ganjaran yang Allah SWT dah janjikan . In shaa Allah...


Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.