Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
You are the writer of your life
A personal blog by Hanisa Rahim ♥
Home

Bittaufiq Wannajah 98's!
 
Monday 16 December 2013 

Assalamualaikum



Hari ni ialah hari Isnin bersamaan dengan 16/12/2013, bermakna lagi 3 hari sahaja lagi kami kami yang berusia 15 tahun akan mendapat result PMR. Uwaaaaaaa. Seram nokssss. Semua rasa ada sekarang ni. Takut,gembira, sedih, kecewa. Hahaha. Apa pasal pulak nak kecewa tetibe.

Aku paling tak suka kalau orang tanya aku "boleh dapat 8A tak?" Soalan tu lagi susah daripada soalan PMR kau tau? Sebab apa? Sebab kalau kau jawab "boleh" or "yakin", takut ter-over confident pulak kan? Tapi kalau kau jawab tak, nanti jadi doa pulak. Haihh. So konklusinya, kalau orang tanya aku cuma boleh senyum :D Ye lah senyum tu kan sedekah.. Hahaha tetibe.

Hmm nak tunggu 3 hari tu memang aku tak sabar, eksaited sangat! Tapi bila fikir fikir balik kecut perut pulak jadinya. Hahaha. Macam macam. Cuma orang yang nak dapat result je faham :p 

Akhirulkalam, kepada semua budak-budak form 3, BITTAUFIQ WANNAJAH UOLSS! Moga kita semua dapat apa yang kita target-kan dari awal tahun. Dan moga kita jadi batch PMR yang terbaik! ((last batch okenggggg)) Aminnn..


Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.