Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
You are the writer of your life
A personal blog by Hanisa Rahim ♥
Home

Happy Me is Happy
 
Saturday, 7 June 2014 

Assalamualaikum

Holla guys! Bonjour. Lama tak update blog buruk aku ni. Al maklumlah dah jadi ahli keluarga sbp lah katakan. Balik pun sekali sekala je. Mana nya nak post entry bagai ni. Kalau cuti pun macam takde function sebab hw belambak nak kena siapkan. Hmm..

Okay post kali ni bertujuan untuk memperkenalkan serba sedikit tentang SAMURA. Apa tu? Samurai ke? Ha ha hambar... SAMURA stands for Sains Muar Royal Academy. Haaa royal kauuu. Kau hadoo? Okay kalau uolls nak tau samura ni salah satu SBT dekat malaysia ni. Apa kebendanya pulak sbt tu??? SBT is Sekolah Berprestasi Tinggi lorhh. 

First day
Time first sampai tu memang dedor habis ahh. Dalam otak ni cuma fikir 'apa yang jadi nanti eh?','macam manalah rupa dorm aku?','emm senior garang tak agak-agak?','mohon aku tak kena buli, huhu' and so on. Turun keta dah ketar dah. Haha melebih je aku. Dah lah kena pakai kasut kulit yang ada heels tu. Ughh aku ni dah lah sejak azali benci kasut ada heels. Pakai rasa macam robot tau jalan. Emm tak klako tauuu... Lepas tu daftar semua, ada pulak ucapan pengetua dekat DB(dewan besar), sebelum tu aku pi dorm jap letak barang. Lepas ucapan tu makan makan, then pi giant beli barang sikit. Dah shopping sakan pi masjid, solat zuhur. Lepas tu balik samura and bye bye ibu abah. Emm sad life. Parents lain semua balik pukul 5,6. Aku ni pukul 3 dah ditinggalkan terkonting-kanting. Huhu.

Meh aku cite sikit pasal sek sains muar ni. Sepanjang yang aku tau lah...

About SAMURA
Samura ni pentingkan LEGACY kalau nak tau. Banyak benda baru yang aku tau bila masuk sini. Mehh baca mehh..

1) Suka short form.Sekolah ni banyak sangat pakai shortform. Contohnya DM, DB, NaLem, Bimak, Bipeng, Bide, Nago and banyak lagi. Amendenya semua tu? 
      DM -> dewan makan
      Nalem -> nasi lemak
      Bipeng -> biro pengangkutan
      Bimak -> biro makanan
      Bide -> biro dewan
      Nago -> nasi goreng

2) Setiap orang mesti ada registered name. Apa tu? Kira macam nama manja dekat sanalah. Ni salah satu yang guna legacy. Fyi, RN ni diberi oleh kakak or abang katil memasing. Macam aku, akak katil aku RN dia kay-zee. Aku pulak kay-ior. So kiteorang ni legacy 'kay'. Sebab apa dia letak namatu akan diberitahu hujung tahun nanti. Haa gitulah. Banyak lagi legacy rn dekat sana. Memang best!

3) Banyak gilos event! Bayangkan baru berapa minggu masuk sana dah ada event MTQ. Lepastu ada pulak merentas desa, ELS, SEWAR, MASS, Hari Guru apa lagi tah. Event dia memang best.Semua student yang kena handle. Hari guru hari tu gila gila syok okayyyy. Meriah sangat! Memang takkan aku lupa lah. Hehe. Siap ada dress code lagi. Untuk tahun ni temanya retro. Memang semua bergaya sakan lah. Aku pulak kena buat persembahan zapin. First time tau buat persembahan depan pengetua kesayangan, haaa.

4) Setiap kelas mesti ada nama sendiri. Contoh macam aku kelas 4 Cerdas. So kelas cerdas kan. Kiteorang kena cari apa apa perkataan yang mula drpd huruf 's' untuk sambungkan dia. Kiteorang pilih 'sedulous' (rajin). So, jadilah CERDASEDULOUS. Haa gituh. Yang lain macam AZAMOSTWANTED, ARIFALAH, BIJAKHALIFAH, CERDIKINSFOLK, CEKALOURFUL and banyak lagi lah. Ikut kreativiti budak kelas tu lah.

5) Sistem rumah. Samura amalkan sistem rumah. Dorm pun ikut rumah. Ada 4 rumah, Pujangga (kuning), Bestari(biru), Budiman(hijau) and Sarjana(merah). Semua pertandingan yang dianjurkan untuk setiap event pun ikut rumah. So senang cite semangat rumah tu memang kuat lah kan. Haha.

6) Outing. Macam yang kita tau kalau sbp or mrsm ada outing tiap tiap weekend, aspura and aspuri. Tapi samura ni beza sikit. Aspura and aspuri tak dibenarkan outing sekali. So, outing kena selang seli. If minggu ni aspura, then minggu depan aspuri pulak. Untuk tempat outing pulak don't worry. Samura ni just a stone's throw away je dengan bandar muar, bandar maharani tu. And fyi depan samura pun ada mall kecik. Agak agak nak pekena kfc tu kau lintas je jalan, kenyang lah perut dengan kepci kau tu.

7) Program pengantarabangsaan. Apa tuh? Alah.. kira macam lawatan sekolah lah. Tapi pi luar dari malaysia ni haaa. Amacam? Syok gila ann annnnn? Hahaha. Emm tapi aku tak pergi lagi. Takde bajet ahh. Huhu. Macam tahun ni je setakat tengah tahun ni lah, dah ada tiga tempat. Istanbul, Brunei and Vietnam. Semua best lagi lagi pergi dengan kawan kan. Hoho.

Itu je lah setakat ni yang aku tau. Kalau ada nanti aku update dekat entry ni.

Bagi aku lah, sekolah ni memang best. Takpernah pun terfikir nak keluar dari sana. Haha. Dah lah senior sporting habis, kawan pun semua gila gila macam aku jugak. Makanan dia takpayah cakaplah. DM lah tempat fav aku dekat sana. Hoho.Cuti ni ramai kata aku dah gemok. Emm tak heranlah kan.

 
 
CERDASEDULOUS

Okay that's all from me. Ada masa lain kali aku update lagi hokehh. Good night yalls!



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.