Navigations
+Follow Instagram Twitter Dashboard
You are the writer of your life
A personal blog by Hanisa Rahim ♥
Home

Terima kasih
 
Thursday, 8 January 2015 

Assalamualaikum yalls. Salam satu Malaysia. Lapan Januari dua ribu lima belas. Cepat je masa dah setahun dah rupanya aku dekat samura. Dengan tu umur aku pun dh meningkat hmm makin tua dan harap makin matang juga makin tinggi kah! Ye dua ribu empat belas banyak ajar aku benda baru. Tempat baru pengalaman baru orang baru, semuanya baru tahun lepas. Mula mula tu rasa takut lah jugak sebab aku takbiasa dengan benda baru. Takut tak dapat nak adapt pulak kan. Tapi kau kena ingat walau apa pun yang jadi kalau kau serahkan semuanya dekat Dia, inshaAllah semuanya jadi senang :) 

And thats how my story begin at samura. 

Boleh aku kata sekolah ni agak pelik sebab dia ada legacy yang dibawa sejak turun temurun haha. Life as a junior kau kena tau yang kau takboleh bergurau senda dengan lelaki depan orang lain sebab nanti kau akan digossipkan. Kalau kau nak borak ke apa boleh tapi jangan nak bising sangat sebab kau akan dikira galak. Kalau ada lelaki jalan belakang, kau ada dua pilihan je sama ada bagi laluan untuk lelaki tu jalan ke depan or kau bukak langkah kau besaq besaq. Kalau kau pakai tudung bawal bidang 45 dilarang sama sekali buat butterfly kecuali kalau kau kena buat persembahan haa tu dikecualikan lah. Cuma tudung labuh yang dibenarkan pin tepi okay. Nak keluar dari blok asrama tak boleh pakai slipper, tudung toilet except when aspura pergi solat jumaat lah. 

Tapi kau akan rasa semua ni pelik mula mula je then kau akan tau yang semua ni untuk diri kau jugak. Sebab semua 'peraturan' ni lah yang akan ajar kau tentang Islam. Mohon faham apa maksud aku. So pls siapa yang akan jadi junior tahun ni jangan rebel okay hahaha! Just go on with the flow sebab nanti semua ni lah yang kau akan rindu bila kau dh habis sekolah kang. I can feel it now walaupun ada lagi setahun, lol. 

Jadi di tahun yang baru ni orang biasa akan post pasal azam kan? Haha sorry aku pun taktaulah apa maknanya azam tu. Sebab aku malas nak percaya dekat azam takut takdapat nak buat. Kalau kau nak sesuatu doa je lah dekat Allah ye. Usaha dan tawakal kemudiannya. 

Tahun ni aku spm jadi bye blog. Tanak bukak dah. Malas nak post maybe habis spm baru post okeh? Bye jaga diri jaga hati jaga iman haha. Salam dua kosong satu lima ^^





"Masa lalu boleh kelam tetapi masa depan masih cerah untuk kau wujudkan dengan melakukan yang terbaik mulai hari ini"


Nur Hanisah bt Abd Rahim
12.40 am 8/1/2015



Copyright ©.Layout by:Evangelista. Navigation thingy by Wanaseoby . All rights reserved.